Sejarah INTEAM ( minggu INTEAM nasyid's lover)




Photobucket


Inteam mula ditubuhkan pada tahun 2000. Pada mulanya, kumpulan ini ditubuhkan hanya secara "suka-suka" atau "kecil-kecilan".
Namun, selepas dari itu.
Inteam telah berjaya mencipta sejarahnya sendiri dalam industri nasyid Malaysia.
Secara tidak langsung kumpulan ini mendadak menjadi kumpulan nasyid yang terkenal, dihormati, dan berada di depan.
Lebih membanggakan, kumpulan nasyid Inteam kekal dgn konsep asal mereka.
Mereka memprtahankn apa yg mreka mulakan -- nasyid adalah cabang dakwah.

Sebenarnya, kumpulan INTEAM mula terbina ketika Hazamin, Syahril, Hisyam, Suhaime masih lagi menuntut di Matrik UIA, P. Jaya. Lebih tepat lagi sejak Januari 1998. Secara "default" kumpulan nasyid Husaini adalah kumpulan nasyid tetap di pusat Matrikulasi tersebut (yang setiap tahun ahlinya bertukar). Mereka menganggotai Husaini. Mereka memilih dan terpilih untuk menubuhkan INTEAM. Bahkan nama INTEAM itu pun menjadi tepat setelah melalui pemilihan dari berpuluh nama yang telah disesuaikan.

Photobucket

Anggota asal INTEAM: Dari kiri -- Syahril, Hazamin, Hisyam, Suhaimie (Nota: Kedudukan bergambar 'candid' seperti ini telah menjadi ikut-ikutan sebagai cara bergambar untuk hiasan kulit album kumpulan nasyid lain. Dimulakan oleh INTEAM!)


Masa berlalu, anggota Inteam bertukar. Hisyam digantikan dengan Rahim atas kehendak pihak pengurusan. Hisyam kemudian menubuhkan kumpulan nasyid sendiri, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota asal INTEAM tepat sebagaimana yang digambarkan dalam lagu AKRAB PERSAHABATAN dari album pertama mereka.

Photobucket

Bagi memantapkan lagi, disamping meneruskan apa yang dimulakan 5 tahun sebelumnya, mulai dari 1 Januari 2005, INTEAM dengan berbekalkan keyakinan, ilmu pengurusan dan pengalaman telah memulakan pengurusan sendiri. Persembahan dan apa-apa aktiviti nasyid mereka adalah di bawah pengurusan INTEAM EDUTAINMENT SDN BHD.

Setahun selepas itu..

Tiada yang abadi. Suhaimie menarik diri Inteam atas alasannya sendiri. Inteam bertiga dan kemudian 'uprgading dan rebranding' dengan menubuhkan INTEAM RECORDS SDN BHD pada Januari 2006. Sistem pengurusan Inteam berubah sejak 2006 di mana jatuh bangun Inteam kini berada di tangan mereka.

Mereka bertiga gigih dan berazam untuk membawa Inteam ke era baru yang lebih mantap dari sudut nasyid dan perniagaan.


Photobucket

layari
www.inteam.com.my
utk mngetahui lebih byk tntg Inteam!