MINGGU INTEAM NASYID LOVER!



minggu nih fuzah nak dedikasi semua lgu2 yang fuzah suka.
kepada..
Jeng.. Jeng.. Jeng
mestila INTEAM! one and only favourite of mine..



Photobucket
Photobucket


Photobucket

NAMA SEBENAR

:

Mohd Syahril bin Abd Khalid
PANGGILAN:Syah, Along, Cikalid
TARIKH LAHIR

:

25 MAC 1980
PENDIDIKAN

:

Sek. Ren. Keb. King George V, Seremban (1987 -- 1992)
Sek. Men. Ren. Agama Persekutuan, Labu (1993 -- 1997)
Universiti Islam Antarabangsa (Mulai 1998)

SEKARANG

:

Penasyid dan Menguruskan bersama INTEAM RECORDS SDN BHD
STATUS

:

Berkeluarga
MINAT

:

Membaca
UCAPAN

:

Salam hormat dan salam ukhwah untuk peminat yang dikasihi. Semoga kita sentiasa terus bersama...

Photobucket

NAMA SEBENAR

:

Muhammad Hazamin bin Harun
PANGGILAN:Min, Amin
TARIKH LAHIR

:

7 Nov 1980
PENDIDIKAN

:

Sek. Ren. Keb. Jln Bahagia, Temerloh (1987 -- 1992)
Sek. Men. Agama Al-Wusto, Temerloh (1993 -1994)
Sek. Men. Agama Al-Khairiah, Temerloh (1994 -- 1996)
Sek. Men. Agama Al-Ihsan, Kuantan (1996 -- 1997)
Universiti Islam Antarabangsa (1998 -- 2003, Jurusan Kejuruteraan)

SEKARANG

:

Penasyid dan Menguruskan bersama INTEAM RECORDS SDN BHD
STATUS

:

Berkeluarga
MINAT

:

Penulisan dan Senireka Grafik
UCAPAN

:

Perjuangan ini penuh ranjau, duri, dugaan, godaan. Tanpa sokongan anda semua, Inteam tidak dapat bertahan meneruskan apa yang dimulakan.


Photobucket

NAMA SEBENAR

:

Abd. Rahim Hj. Osman
PANGGILAN:Im
TARIKH LAHIR

:

9 September 1980
PENDIDIKAN

:

Universiti Islam Antarabangsa

SEKARANG

:

Penasyid dan Menguruskan bersama INTEAM RECORDS SDN BHD
STATUS

:

Berkeluarga
MINAT

:

Fotografi dan Melancong
UCAPAN

:

Salam ukhwah dan persahabatan kepada anda semua. Perjuangan ini penuh dengan ranjau dan dugaan. Doakan kami semua agar istiqomah dalam menyampaikan dakwah ini. Syukran wa jazakumullahu khairan kathira..


suke sgt2...
lagi2 SHAH .......!!!
AMIN n RAHIM.


komen ana:

Cinta Terakhir by AIMAN
-nta la.
mgkin sbb lirik die sgt.........
baik haha ( ^_^)

-----------------------------------------------INTEAM WORLD-------

Allahu Rabbi
- suke sgt sbb ari tuh Inteam wat konsert live kat Saujana
Woh! jatuh cinta trus buat kali ke.... berape tah???
sejuta lebih kot. hehe

Pemergianmu
- waktu first time dgr, mse taon 6. first release album.
nanges2 mse dgr.
stiap ari dgr....!

Kasihku Abadi
- mse release album taon 4. tp tak minat lg..
time form 1 bru tibe2 nk dgr
boleh kate stiap ari nyanyi haha.
mse uh nga in lub wif sumone( chentah monyet )
nyanyi, perasan sorunk2 ( syok sndry)
dlu la.. mse jahil.
haha

Damba Kasih
-stiap kali nak munasabah, mesti tringt lagu nih.
sgt mmbntu. rse dri nie kecik je..
syang Inteam!

Hijrah Satu Wawasan
- mungkin korg pernah dgr?
hahaha.
kitorg ( fuzah, farna, jiha, syedah)
perna nasyid kt surau lgu nih.
hahahah what a memory~
stu ary je berlatih.. ktorg pro!
haha. gurau~
mse mude2 dlu... ( eh, tua da kew? )

Selamatkan Dunia
- suke sgt lagu nie..
sbb ingatkn fuzah tntg saudara2 seislam fuzah
d luar sne.
tringin nak jihad. tringin nak tolong.
tp, nmpaknye.. hnye doa mmpu fuzah kirimkan ( T.T )

Bicara Kata
- lagu nie antara top 5 lgu fav fuzah.
sbb lembut je dgr. bes sgt3333333
makne die bgus skali.
"terkadang aku.."
'aku' tuh fuzah slalu mksdkn dri fuzah..
insaf sndry lepas tuh.
bagus lah inteam!!!!

Akrab Persahabatan
- kitorg pon de nyanyi gak lgu nih mse kt surau.
hahaha
belateh shari.. mnang juara!
aiceh..ceh.
saat2 manis kami bersame. mse prog jom ke surau!

Kalimah Cinta
- kawan baik fuzah, sua'da n athirah dlu slalu nyanyi lgu nih.
kire lgu yg dyorg suke sgt2 la mse taon 6.
hmm.. engat lg sume nih.

stand together
- fuzah ngan jiha pernah jd solo mase nasyid lgu nih.
bes ouh~
best time ever..
kitorg nasyid time taon 6.
mse tuh kumpulan ajwad yg gah tuh
kalah dgn kump kami..
hahaha
kami juare. tp tuh dlu la..
skunk nie, sore ajwad tuh. mcm unbeatable ( ta le d kalahkn )
hehe

TanpaMu
- Fuzah, jiha, farna n syedah.
kitorg pernah tubuhkn 1 grup nieh
4 org je taw.. kump lain sume lebih 6 org.
ade yg 10 org..
n nasyid lgu ni.
kt skola agama mse taon 6.
kitorg dpt g final!
mse uh sume junior2 skong kitorg taw!

Hamzah Asadullah
- He's a hero that I really wanna meet one.
dia 1 dlm seribu.
admire him in dreams everyday n night.
really wish 2 meet him so much.
perisai nabi Muhammad :)

Kasih Sayang
- dak2 nasyid skola pernah nyanyi!
part of my best memory ever.
tngok abg2 uh blateh nasyid.
mse klas arab kt surau~
mse form 1.
asad, abg luqman, ajwad, khairul n sume lah!
korg da bes







Aiman ; cinta terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....









ALLAHU RABBI by INTEAM

Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He's The One
Lord of all mankind
Ya Allah...

Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi

Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he

Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he

Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya

Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya
Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan








PEMERGIANMU by INTEAM

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu








KASIHKU ABADI by INTEAM

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki








HIJRAH SATU WAWASAN by INTEAM

Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa


Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang









SELAMATKAN DUNIA by INTEAM


Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia? selamatkanlah ohh?

Kedamaian terbina dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina dari nimkat perpaduan
Kemajuan tercipta dari usaha pembangaunan
Kasih sayang penghubung kita semua ohh?

Mari kita berganding
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat

Saling hormat menghormati sesama kita
Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama

Sifat warga yang berhemah
Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian

Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama












BICARA KATA by INTEAM

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...












STAND TOGETHER by INTEAM

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what?s pure and right
We can stand and work hand in hand
We?re stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah?s light
In our hearts can?t fake it
When Allah?s love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life
We can take everything in stride
?Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night












TANPAMU by INTEAM

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan