today

00:23_180412

today punye post aku post tomorrow morning sbb

dah ngantuk plus penat. k
semogaAllahMerahmatimuselalu:)

HEBAT

Allah memang hebat lah.

mungkin aku da stop hanta bende2 alah tu kat dia ann.

tapi Allah kirim seseorang yg lain utk share 'bende2 yg same aku hanta dulu', kepada dia.
aku baru prasan td. Subhanallah~

means literally usaha itu x berhenti lah kan?

hebat gile kerja Allah . x siape leh duga aturanNya

same goes. dengan hati yang aku masih baru nak cope dgn perubahan diri aku ni -juge boleh kate secara tibe-tibe-

Allah hadirkan seseorang yg really buat aku tersentap.

aku rase macam lemah + low gile kat depan datperson.

and talking to datperson, buat aku rase macam aku ni x cukup ilmu

and sgt un-mature * okey jujur eh. first time sekian lame rse mcm ni*

sebelum ni mane de org pernah tgur aku directly or mcm x pernah ade yg rase ketidak-mature -an aku semacam masalah yg mcm teruk gile.

cume datperson yg buat gituh. directly~

tapi care datperson tegur tu even directly..sgt berhemah :)

okay mcm bagi suntikan baru; aku kene berubah. aku sgt lemah. aku sgt low

mcm mane na naikkan islam kalau aku pun masih low.

my SI sumber inspirasi:)

back to the story,

Alhamdulillah Allah tolong aku. heee~so.. nope, aku x rase regret dah .

in facts, aku rase dah fully serahkan kat Allah

mungkin bukan aku org yg mampu buat hati dia tersentap.

aku redha kalau bukan aku lah orgnya.

and aku x nak pandang ke belakang dah.

past is past

bende yg aku buat kat dia. aku tekad

aku takkan ulang dah. thats it. itu bukan cara yg baik :') Allah dah tegur

stop pasal dia.

takkan cakap dah.

okay, now back to me :D

aku rase gembire gak. aku start sikit-sikit lah sekarang ni.

first, aku leh kawal diri. online bile perlu je. tak de dah nak menanti-nanti org reply post ke hape

second, kawal gelak .memang la kan muslimah , suare x dengar, jadi rase mcm x aurat. tpi nanti dah terbiasa. Astaghfirullah bukan bende baik. akhlak tetap akhlak. Allah melihat dan menilai~

third, bile aku cakap ikut sedap. aku akan cepat2 istighfar. bagus~~ aku bangga ngan diri aku skang ni.

after dis, aku nak :

1) x mo dah tido lewat tahap gile. aku nak start qiyam. real punye~

2) aku nak stop mesra2. gelak kat grup pcg je. jgn obvious sgt la x memelihara.
mane cahaya terpelihara dlm diri aku tu??

3) aku nak tetapkan mase utk online. only from mase ni smpai mase ni.

4) reply post yg baik2 je dn bersederhana. jgn laa nak happy-go-lucky sgt

5) aku x nak byk ketawa. even dlm alam maya

6) aku nak byk bercakap ttg ilmu drpd bende2 kosong dn merepek

7) dah la.. aku dh penat ngan semua ni.

betul la zack pernah cakap, kejar dunia. dunia la yg kau dapat. ape yg kau nak dr dunia? dunia x menjanjikan ape2. kau nak kawan2? kau dah dapat. kau nak ape? kau dapat. then, lepas kau dah dapat ? kau nak ape lagi? kau kejar la.. kejar la dunia. di akhirnya kau akan dapat x lain hanyalah...

kepenatan.

kejarlah dunia dan akhirat. kerana jika kau kejar akhirat, memang itulah pengakhirannya. memang akhir hayat mu di akhirat kelak. kau kejarlah yg baik-baik kalau kau rase nak happyly ever after.
tak penat pun sbb result dia kau x tahu lagi? kau mesti ternanti-nati dan misteri sungguh apekah pengakhiran hidup kau.
jadi tak kan penat selagi nyawa x diambil Allah.

bile kite ingat mati.. macam terapi hati.
rase nak buat jahat
nak buat perkara2 lagho macam susah sangat kan?
mungkin aku kene banyak ingatkan diri aku pasal mati. sbb dh senang sgt hidup kat dunia smpai kadang2 alpa ttg akhirat.

so sambung semule yg semalam.

ciri-ciri mukmin yg berjaya dn cemerlang. no 2 ? bismillah..

Firman Allah swt

2 ) Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan/perkataan) yang tiada berguna.

(Al-Mu’minuun: 3-11)


so.. stop talking rubbish, nonsense and bende2 lagho! patut dihapuskan ya MAHFUZ :D
inshaAllah aminn


fuzz_23:52_160412

HIJRAH

00:41

aku da bce almulk n solat witir. ingatkan na trus tido, hampeh godaan notebook aku ni kuat beno.
sumpahan la aku rase bukan godaan.

kalau ingat balik time sejarah form 4 dulu, pasal Hijrah Nabi Muhammad SAW.
ingat tak lagi definisi Hijrah tu?
aku pun x de la ingat beno, tpi antara banyak2 erti dr aspek2 yg berbeza
yang aku cube ketengahkan skang ni adalah
Hijrah drpd perlakuan , budaya yg x baik kepada yg baik.

maybe ni first step aku dlm sesi men-TURNING POINT hidup aku.
mungkin aku ni x lah sehebat Sham Kamikaze sebab usaha dia lebih. dia betul2 dah dpt grab 'rasa' kemanisan iman tu and he didn't stop rite there. beliau berusaha utk ke arah lebih baik setiap saat. dn aku. mungkin aku pernah Allah bg peluang utk rase suatu masa dahulu, tpi aku mendatar.. aku x de rase pon mcm na berubah ke arah lebih baik. ade tu mungkin ade tapi x serious. just cakap2 angan2 kosong..

Now? aku nak manfaat kan blog ni ibarat perjalanan hidup aku.
Suatu hari nanti inshaAllah jika Allah mengizinkan aku untuk bergelar Doktor Pakar Sakit Puan nanti, seoarang muslimah solehah,
aku nak tgk balik perjalanan hidup aku. time aku Turning Point ni.
and aku nak jdikan die pembakar semangat utk org lain juge.

and Nau'uzubillahi min zalik, kalau aku jadi org yg x bergune, paham-paham je la. masa depan nanti, ini juge akan kubaca semula sbb ni Titik Turning Point aku.
aku berusaha ke arah itu. jadi bile aku bace balik, aku akan dpt kenal pasti mcm mane aku boleh turn out to be jd org yg x berguna.

okay!

First, ciri2 mukmin yang cemerlang apa dia, kawan-kawan.

1 ) “ Sesungguhnya berjaya/beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya.

Surah Al-mukminun: 2-11

sekarang aku nak tanya diri aku semula. adakah kau, Mahfuzah. tergolong dalam orang-orang yang khusyu' dalam solat?
mane kau tau kau khusyuk ke tak?
Yakin ke solat kau selama ni khusyuk?

*aku tertido mase pikir nak jawab ni* haha sorry aku nak tido. sambung frist thing in tomorrow inshaAllah :D


-----------------------------------------------------------------------

and so, bile aku pikir kembali. mcm mane care nak buat khusyuk solat kite?
kadang-kadang bile solat. terpikir mcm2
jadi maybe after this . nak solat, aku kene niatkan hati kite betul2 ikhlas kerana Allah.
ta nak pikir mcm2.. dunia dunia dunia.
sume x nak fikir dahh~
bayangan Kaabah kat depan..
inshaAllah aku akan cuba.

STOP

meluncur. entah kenapa.. semua memori yang lepas-lepas tu mcm nostalgik je meluncur kat depan kacamata aku.
satu saat itu. SATU SAAT JE.
aku rasa macam semua kisah lama kisah silam aku, alfarabi, the daies, PCG mcm keindahan tu sume meluncur depan aku..
ya Dia. insan seorang tu penangan die cukup hebat.

just reply post aku sekali je.
mcm die ade time zone dalam diri die, n aku terus trbawa meluncur ke memori-memori aku yang lama.

malam tu.. tanpa dipaksa. x sape pun memaksa. entah macam mane *aku masih musykil*
aku ter-buka diary lame aku. diary aku mase aku form 3. diary mase bufday aku yg aku cipta sndri. mcm scrapbook. byk tampalan. tulisan2 mereka yang aku rasa berharga :'D
sume aku simpan.

even biodata Ajwad and Shukery yang kutuk2 aku pasal jdi bos karangkraf. haha pon aku simpan.

but then, entah kenapa.. aku bace balik sume yang pernah tulis. selalunya aku x kan bace balik. sbb aku brpegang pda prinsip. Past is past what's wait for u rite now is the present and u may change the present for ur better future.
tapi kisah silam itu juge yg aku selak.
sehelai sehelai. sume kawan2, cerite hati, cerite cikgu, cerite pmr.
smpai la crite dia pindah. stop. aku dah tak tulis dah diary tu. last entry yg gile sedih.
aku tutup.. entry last tu. bile aku fikir semula. ape yg buat aku stop menulis??

tiada jawapan di situ. hati aku dah penat menulis kot. mungkin bile aku menulis, aku tulis yg sedih2 je kot. dn aku sgt x suke ingat perkara sedih mahupun menulis perkara sedih. sbb kalau boleh aku nak kongsikan perkara indah2 sahaja dlm realiiti hidup aku.
tapi itulah realitinya.
x semua indah.. mungkin sbb tu aku stop menulis.

aku kembali kpada post reply tersebut. aku ingatkan berhenti di situ. tapi x..
siapa sangka , aku yg ego tinggi gile ni unfriend die mase form 4 sbb tak dpt trima kenyataan + rase kecewa + hampa tahap mega ni..
die hanta friend request semula?
ha . ha . memang klaka.

aku kembali pada realiti. sungguh aku sebenarnya sangat tak mengiktiraf hubungan walaupun sebagai sahabat antara seorang wanita dan lelaki.
sbb bg aku bile bersahabat, aku akan.. macam... lupe..sikit sikit batas yang selama ni aku pelihara.
sbb aku anggap die member.. jadi aku akan rase bebas.. dn x brape .. peduli.
thats the first n main reason, aku terang2 dulu.. akuu x approve sahabat2 lelaki dalam fb.
except 2 org ni, ajwad dan hafiz, sbb mereka byk sedarkn aku secra x langsung. walaupun diorg x perlu bg tahu secara jelas kat aku, diorang x perlu post ke kat wall aku. tak perlu
just aku tahu ape yg diorg buat, tgk kat wall diorang sendiri..
dah boleh buat aku rase tergugat.

'oh diorang buat ni la..' aku ade x??
'oh diorang pergi ni la..' aku buat ape la tuh??

cukup . aku faham faham sendiri. lepas tu ape nak buat..

thats why la aku x pernah dah approve mane2 lelaki even dulu classmate aku farabi ke, samura ke, kem plkn ke,

seddenly Allah duga aku. kenapa dia tibe2 add aku?
aku berkira-kira lamenye.. sebelum tetapkan hati aku nak approve ke x.
dia? kalau aku approve buat ape?

lame.. lame..
then aku approve . tapi memang aku macam gile jugak pastuh. kutuk diri sendiri. kate x nak approve.. approve jugakk.. itu pun masih berkire2 lagi. dlm hati aku cakap byk kali 'aku patut unfriend die.. patut unfriend die..'
huuuhh~

akhirnye aku tetapkan dengan 1 kata muktamad. kalau aku friend die. aku x nak sekadar friend. ni peluang aku. peluang untuk aku ingatkan die kembali ape yang pernah die ingatkan aku suatu masa dahulu.
sbb ape yg die reply post aku sebelum ni. wat aku rase 'sesuatu' yg aku x pernah rase sebelumni.
aku rase aku silap. aku salah~~ aku ingat die mcm.. ye lahh.. hehe a bit lost and .. x care pasal isu semasa especially psl islam la..
tapi aku silap besar. dia CARES la fuzz. haiiiyook!

start on dat, aku cube tarik.. sikit. sikit.. hati die. menduga kot
sebab tu aku hanta macam2 lirik2 lagu edcoustic yg byk mengubah aku..dgn harapan dpt ubah die gak.
even die x balas, cukuplah die menyaksikannya.
tapi get real lah~ hidayah itu milik Allah. bukan milik aku. pe lahh
kenapa aku nak paksa-paksa die. ntah pahape betul. aku paksa mcam mane pon.
kalau bukan masenye. kalau Allah x ckp KUN FAYA KUN. mcm mane nak jadi?
nk swoh die ingat balik semua mase indah2 dulu? mungkin die da erase sume tu. mungkin memori2 n kenangan lame yg buat die jd camtuh?
entah la.

so thats why la.
entah kenapa tibe2 aku rase na berhenti pule.
cukuplah . aku x pasti usaha aku apakah sudah cukup atau tidak.
tapi semua usaha aku selama ni..
cukup buat aku pasti yang aku x kan dpt mengubah seseorang betapa hati aku teringin amat2 utk dirinya berubah. sbb confirm2 lah!
hidayah itu milik Allah~

then perkara ni buat aku terpikir..

maybe sbb niat x menghalalkan cara?

niat aku yang baik tu. mungkin cara dia salah.

mungkin aku x cukup berusaha perbaiki diri aku dahulu.

mungkin aku terlalu mengharap.

mungkin aku x cukup berdoa.

mungkin aku x serahkan sepenuhnya lagi kpd Allah

pasti ada yang kurang di mana-mana.

jadi aku berfikir dan berfikir.
mungkin inilah masanya.

jalan TURNING POINT yang aku cari selama ini.
Allah hadirkan dlm bentuk yg sgt kreatif melalui dia yg beri penangan hebat dlm hidup aku.
Allah tegur aku secara halus dalam peristiwa ini.
inshaAllah Alhamdulillah <3
sekarang ni.. aku rase aku nak stop dulu. aku masih x cukup ilmu. aku masih mentah dan hijrah diri aku pun masih x sempurna.

jadi aku nak berhenti dulu. dan nak muhasabah cinta dgn Allah.

inilah TURNING POINT aku. kalaupun tidak Allah tetapkan terjadi untuk dirinya perubahan itu. Sungguh aku bersyukur kerana aku merasa bertuah Allah masih ingin menegurku. :')

thank You Allah
^^