episod itu

Photobucket

Kala itu. aku terdiam
masa seakan berhenti. kulihat jam di tangan sudah hampir pukul 1.30 tngahari.
hati ini bisu.
mulut ini terkunci rapat.
Masjid Jamii' telah menjadi persinggahan kami semua.
untuk bertemu Sang Pencipta Maha Agung.
melaksanakan ibadah kewajipan seorang hamba.
hatiku tiba-tiba sayu.
Doa dari Pak Imam sedang dibaca.
Alunan bacaanya yang lunak,
Menggegarkan hati ini.
merintih meminta pda Dia Yang Maha Satu.
aku menangis.
kulihat mereka masih di situ.
tangan ini masih menadah. mata diangkat keatas.
SubhanaAllah.
Agungnya karyaMu tuhan.

Photobucket
(diambil olehku. gambar sebenar)

Sepohon pokok kelapa yang gagah cuba berdiri.
aku menangis.
Adakah aku juga akan begitu?
aku tidak mahu.
Aku tidak mahu menjadi seperti batang kelapa yg condong itu.
Tinggi dan megah di legar mata.
namun hakikatnya,
condong dan tidak teguh berdiri.
Aku berdiri.
masa bakal menentukan siapakah aku esok.
Tidak..
Aku yang bakal menentukannya.
Kutanamkan azam hari esok. Demi masa hadapanku.
semoga aku menjadi yang terbaik di dunia dan diakhirat.
Berjaya menjadi HambaNya yang bertaqwa.
Amin.