Hadirnye Syawal



Antara Ramadhan dan Syawal

Photobucket

Ku bertanya pada diri ini
apakah erti menyambut Syawal
jika dalam Ramadhan daku terleka
gagal merebut rahmat yang mmelimpah
alpa dengan kesenangan dunia

antara Ramadhan dan Syawal
penuh rahmat penuh berkat
perginya Ramadhan
kenapakah aku girang?
adakah kerana datangnya Syawal
bersama aku menyambut kemenangan
benarkah aku sudah menang?
layakkah aku untuk mendebik dada?
lantang menyahut takbir yang bergema
tanda Syawal sudah menjelma
padahal
Ramadhan yan pergi
tidak ku kesali

layakkah aku berpakaian baru
sedangkan tiada pasti
pakaian di sana nanti mungkin dari api
layakkah aku menikmati juadah
sedangkan tiada pasti makanan aku
di sana nanti mungkin dari duri

sedar ku mungkin terlambat
Rmadhan sudah pergi dan aku pasti menanti
selagi belum tertutup pintu taubat
penuh tekad penuh janji
sabar menunggu Ramadhan kembali
moga bertemu bulan seribu rahmat
agar boleh ku kecapi
erti sebenar menyambut syawal
~~~~~~~

Salam aidilfitri buat semua
maaf zahir batin dari diri ni
yang baik semuanya datang dari Allah
yang cemar itu datang dari diri saya sendiri

wassalam
by :Wings on a prayer



Photobucket