May Allah bless the Muslims especially our brother in Gaza and Syria, everyday each in every second. Pray for them, towards a life of complete freedom :D
kanak2 day!
anugerah dan pencapaian inteam~
Selain dari anugerah jualan album, berikut ini adalah antara pencapaian dan anugerah yang diterima oleh INTEAM:
|
Selain dari anugerah jualan album, berikut ini adalah antara pencapaian dan anugerah yang diterima oleh INTEAM:
Kasih Kekasih:
Lagu nasyid pertama menjuarai Carta Era beberapa minggu
Setanggi Syurga:
Tempat ketiga Juara Nasyid Minggu Ini
Finalis Anugerah Industri Muzik
Kategori Kumpulan Nasyid Terbaik
Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik
Finalis Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm
Kategori Lagu Nasyid Paling Lama Bertahan – Nur Kasih 2004
Finalis Anugerah Era
Kategori Lagu Nasyid Pilihan – Nur Kasih 2003
Finalis Anugerah Bintang Popular
Kategori Kumpulan Nasyid Paling Popular 2001, 2002, 2003, 2004 & 2005
Anugerah Platinum berkembar:
Album Impian Kasih
Anugerah Platinum:
Album Kasih Kekasih
Album Impian Kasih
Album Damba Kasih
Album In-Team’04
Album Nur Kasih
Anugerah Emas:
Album Kasih Kekasih
Album Impian Kasih
Album Damba Kasih
Album In-Team’04
Album Nur Kasih
Ini pula sebahagian kecil dari persembahan INTEAM di luar dan dalam negara. Dianggarkan setiap bulan sekurang-kurangnya 8 -- 10 persembahan nasyid INTEAM, sama ada persembahan yang besar atau kecil:
- Konsert ‘Satu Dalam Nada’, Istora Senayan, Jakarta, Indonesia
- Konsert Kesenian Islam, Yala, Thailand
- Artis Jemputan:
- Konsert Kembara Budaya, Singapura
- Persembahan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Persembahan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dan negeri
- Konsert ‘Live’ Pusat Kebudayaan Dan Aktiviti, UIAM
- Konsert di IPTA dan IPTS seluruh negara
- Konsert di Pusat-pusat Matrikulasi KPM
- Persembahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah
- Dan pelbagai majlis keraian yang lain
Sejarah INTEAM ( minggu INTEAM nasyid's lover)
Masa berlalu, anggota Inteam bertukar. Hisyam digantikan dengan Rahim atas kehendak pihak pengurusan. Hisyam kemudian menubuhkan kumpulan nasyid sendiri, namun masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota asal INTEAM tepat sebagaimana yang digambarkan dalam lagu AKRAB PERSAHABATAN dari album pertama mereka.
Bagi memantapkan lagi, disamping meneruskan apa yang dimulakan 5 tahun sebelumnya, mulai dari 1 Januari 2005, INTEAM dengan berbekalkan keyakinan, ilmu pengurusan dan pengalaman telah memulakan pengurusan sendiri. Persembahan dan apa-apa aktiviti nasyid mereka adalah di bawah pengurusan INTEAM EDUTAINMENT SDN BHD.
Setahun selepas itu..
Tiada yang abadi. Suhaimie menarik diri Inteam atas alasannya sendiri. Inteam bertiga dan kemudian 'uprgading dan rebranding' dengan menubuhkan INTEAM RECORDS SDN BHD pada Januari 2006. Sistem pengurusan Inteam berubah sejak 2006 di mana jatuh bangun Inteam kini berada di tangan mereka.
Mereka bertiga gigih dan berazam untuk membawa Inteam ke era baru yang lebih mantap dari sudut nasyid dan perniagaan.